Monday, June 15, 2009

Part 2: Kegersangan Di Pakistan

Sebahagian tanah Pakistan memang panas dan gersang namun sebahagian lagi diliputi gunung ganang yang cantik menghijau, namun bagi aku ketika itu yang penting adalah untuk mengubati kegersangan hati, gersang dari hakikat cinta Illahi.



Markaz Raiwind memang impressive, sangat besar dan luas. Bangunan penempatan jemaah foreign juga selesa dan sedang dalam proses pembesaran. Ramai sungguh manusia dari serata dunia. Pada satu-satu masa sekitar 10,000 orang berada dalam masjid dan jemaah silih berganti keluar dan masuk. Saiz markaz ini jauh berbeza dari Banglawali Masjid, Markaz di Nizamuddin , India yang jauh lebih kecil luasnya namun kapasitinya banyak juga disebabkan bangunannya yang bertingkat-tingkat. Manakala Markaz di Dhaka Bangladesh saiznya besar sikit dari India dan Kecil sikit dari Pakistan.

Maka berkelana jemaah kami keluar sekitar Pakistan, di Lahore dan beberapa tempat lagi yang aku dah lupa. Namun yang paling aku ingat khuruj di kawasan penempatan orang Patan di kawasan pergunungan Swat di satu kampung bernama Bunir . Suasananya agak berbeza berbanding khuruj di kawasan bandar.

No comments:

Post a Comment