Monday, June 15, 2009

Part 1: Aku dan Jemaah 4 bulan student UK ke IPB

Pada awal tahun 90 an beberapa bulan sebelum keluar 4 bulan selepas habis study kat UK nih aku teringat akan pesan para alim ulama dalam usaha agama ini telah menasihati:

'Kita kena banyak berdoa bersungguh-sungguh agar 4 bulan yang kita korbankan akan menghasilkan satu pengalaman yang bernilai yang akan memberi kesan dan menjadi ingatan dan panduan hidup kita seterusnya...

So itulah yang aku harapkan dan berdoa banyak untuk itu.

Dipendekkan cerita , jemaah aku adalah jemaah student UK yg pertama terbang terus ke Pakistan dari beberapa jemaah yang telah di bentuk di Dewsburry. Pada masa itu Dr, Norman Mariun (now Prof Madya kat UPM) adalah Zumindar yg bertanggungjawab membentuk jemaah student UK ini. Bersamaku ada beberapa orang kawan yg telah lama dan yg baru dalam usaha agama ini.



Si Ali (bukan nama sebenar) adalah karkun baru yang belum sempurna 40 hari namun on special case dia telah dibenarkan keluar 4 bulan bersama kami.

Jemaah kami bergerak dari Dewsburry ke satu tempat tak jauh dari Airport dan khuruj disana sementara menunggu flight schedule dalam beberapa hari lagi. Kawasan itu tak jauh dari London namun ramai sungguh manusia berbangsa India, punjabi dan sebagainya. Aku sempat meninjau ke pasar dan melihat banyak Siput Babi bersaiz besar lebih kurang dua penumbuk yang di jual dan berlonggok dalam bakul rotan.

Dipendekkan cerita sampai tarikhnya kami pun terbang dengan menaiki kapal terbang Rusia Aeroflot. Sebenarnya aku tak berapa ingat samada perjalanan kali ini ia Aeroflot atau Biman. Aku kagum dengan Aeroflot kerana dalam kaparterbangnya ada tangga ke bawah tempat simpanan beg yang sesiapa boleh turun kalau perlu. Ruang ini luas. Bila sampai waktu solat, selamba aje kami turun kebawah dan buat solat jemaah lagi.

Bila sampai di Karachi , we got thru quite easily on the Imigration checking as the officer learned that we are on a Khuruj Fisabillillah.

Aku masih teringat masa kat markaz Karachi tuh ade jemaah bukan Malaysia yg sempat ku kenali telah menawarkan puteri beliau sebagai calon isteri, namun aku tolak dengan baik kerana bukan itu maksud aku ke Pakistan ini (maklumlah tengah Jos , mana nak ingat semua tu). Sebenarnya ini kali kedua aku tolak tawaran ni. Kali pertama dulu waktu aku khuruj di Belgium sewaktu berada di Masjid Nur aku juga telah di tawarkan oleh salah seorang jemaah tempatan yang berketurunan Arab untuk mengahwini anak perempuan beliau namun aku menolak dengan senyuman. Sebenarnya bukan apa, kita orang Malaysia nih susah sikit nak kahwin dengan orang luar. Kena dapat restu orang tua dulu baru OK.














No comments:

Post a Comment